Selasa, 9 Disember 2008

Da'wah Kepada Keluarga

"Hamid...jika kau pergi juga ke program kau tu kau jangan balik lagi". @
"Nor...mak tak benarkan kau pegi ikut program kat luar tu...dah-dah, mak tak nak dengar apa-apa lagi".

Bukankah ucapan ini biasa aku dengar daripada ikhwah dan akhowat da'wah yang mendapat halangan untuk aktif dalam berda'wah? Ya...bahkan ada lagi ayat-ayat, kata-kata yang lebih perit lagi untuk diterima daripada orang-orang yang amat dicintai. Aku bersyukur kepada Allah SWT yang tidak menguji diri ku yang lemah dan dhoif ini dengan ujian yang begitu menggoncangkan seperti yang dicobakan kepada ikhwah dan akhowat sedemikian. Aku sebenarnya takut untuk membayangkan itu akan berlaku kepada diri ku. Kerana apa? Kerana aku tidak sanggup membayangkan sehari hidupku tanpa ikhwah, tanpa halaqah, tanpa daurah, tanpa mukhayyam ziarah, silaturahmi,dan lain lagi aktiviti da'wah yang aku lakukan bersama ikhwah-ikhwah yang amat aku cintai. Amat sulit bagi ku untuk membayangkan itu semua.

Tanpa cinta Mu aku resah,
Tanpa kasih Mu aku hampa,
Tanpa diri Mu aku mati.....

Namun tiada kata lain yang dapat aku ungkapkan kepada ikhwah dan akhowat yang dicuba oleh Allah daripada aspek itu selain daripada ;
"Bersabarlah wahai akhi wa ukhti ku, sesungguhnya Allah sedang menguji mu dengan memberikan ujian yang besar kepada kalian, sesungguhnya ujian yang besar itu tentunya untuk persediaan kepada kalian untuk mendapat karunia yang lebih besar untuk da'wah kalian"

Tentu sekali, sebagai seorang al-akh, mutarobi, murobi, sahabat, teman, saudara, tentu aku juga berasa pedih dengan apa yang menimpa saudara-saudara ku, namun itulah kenyataannya wahai ikhwah dan akhowat ku. Kalian perlu meneguhkan diri kalian untuk tetap sabar dan tsabat dalam menapaki jalan da'wah yang sungguh terhidang sengan seribu satu cobaan daripada yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukankah telah bersama kita tadabbur firman-Nya dalam surah (al-ankabuut 29:2-3) :

Apakah manusia mengira bahawa mereka hanya akan dibiaran hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sungguh,Kamiu telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

Untuk itu tiada solusi lain selain menggencarkan da'wah kepada keluarga masing-masing. Ya..da'wah pada keluarga, satu elemen yang ku rasakan masih lagi kurang merakyat dalam kalangan ikhwah dan akhowat da'wah kita. Tak percaya? Hmm tak mengapa. Namun perhatikan, dalam cuti banyak program, banyak dauroh, banyak rehlah dan lain-lain lagi program pembinaan yang perlu diikuti oleh ikhwah dan kahowat semua. Maka keluarga dirumah akan merasakan sesuatu kelainan (baca:kehilangan) dengan anak, abang, kakak, adik mereka. Tidaklah aku katakan kerana nak da'wah keluarga, maka tak payah attend program..bukan cemtu laa....tapi cari lah masa untuk da'wah pada keluarga. Mungkin dengan cara menalifon, memberikan hadiah, memberikan ucapan selamat dan pelbagai lagi langkah proaktif yang dapat kalian lakukan untuk menunjukkan bahawa kalian 'concern' kepada mereka.

Ya lah kata hadith Melayu "Lain padang, lain belalang", maka setiap approach bagi setiap orang adalah berbeda. Namun 'key' nya adalah da'wah lah kepada keluarga kita. Mungkin ketika mana kita bersibuk-sibuk, bekerja keras, menadah tangan memohon pada Allah supaya da'wah ditempat kita subur dan berkembang, mungkin perlu kita tambahkan satu lagi kesibukan, satu lagi kerja keras, satu lagi prosa dalam doa yang kita munajatkan kepada Allah Jalla wa 'Ala, iaitu supaya Allah memberikan kefahaman dan hidayah kepada keluarga kita supaya 'synchronize' dengan da'wah yang kita pikulkan. Atau mereka mungkin juga boleh menjadi salah seorang pendokong da'wah atau menjadi penyokong atau setidak-tidaknya mereka tidak menghalangi usaha da'wah kita.

Wahai ikhwah wal akhowat ku sekalian, aku bukanlah seorang yang paling layak untuk berbicara tentang ini. Aku bukanlah orang yang paling berilmu tentang ini. Aku bukanlah seorang yang pernah menempuh pengalaman seperti mana kalian yang telah menempuh pahit maungnya perjuangan dilapangannya. Namun, anggaplah bahawa tulisan ku ini sekedar penguat azam, penancap tekad, permulaan perubahan, penemuan dimensi baru bagi dakwah kita. Anggaplah bahawa semua dan seluruh ikhwah dan akhowat da'wah sentiasa mendoakan antum/antunna yang diuji oleh Allah SWT untuk tetap sabar dan tsabat dalam menaiki bahtera da'wah, mengemudikan perahu kehidupan sebagai seorang dai ilallah.

"Wahai yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, Wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, kurniakanlah kepada kami rasa takut kepada Mu, yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepada Mu. Dan kurniakanlah ketaatan kepada Mu yang akan menyampaikan kami ke syurga Mu, kurniakanlah keyakinan yang menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini. Perkenankanlah ya Allah"
(Aku yang dhoif, masih sangat memerlukan teguran, nasihat, sumbang saran, kritiks dan komen daripada kalian semua, untuk aku turut dalam menapaki jalan ini....)

0 ulasan:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes