Rabu, 28 Oktober 2009

Lagu Muhasabah Sabar Untuk Semua

Mungkinkah saja kamu tersenang,
Melihat musibah di hadapan mu,
Bolehlah saja kamu menangis,
Semua dibalik itu Allah memberinya kebaikan,

Kabarkan berita gembira bagi yang sabar,
Bila datang musibah dia ucapkan,
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN,
KAmi milik Allah akan kembali pada Allah,

Kamu kan mendapatkan,
tempat dan kedudukan,
Yang mulia di sisi Allah

Janganlah kamu bersangka buruk,
Mari pujilah Allah walau dalam bencana,
Allah menguji ketaatan mu,
Dengan rasa takut, lapar sengsara jiwa raga,

Wahai orang beriman bersabarlah,
Bangkitlah tingkatkan taqwa kepada Allah,
Dimana ada suatu kesulitan,
Di sana ada dua jalan,
Bagi mu kemudahan....

New Sakha
(BERITA GEMBIRA)

Terus Berjalan...Tuk Sampai Ke Destinasi....

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Bismillahirrahman arrahim.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pentadbir alam semesta, yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya.
Sholawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi kecintaan, penghulu bagi kaum muslimin, Rasulullah Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat wa sahabiah baginda, tabi'in, athba uttabi'in, salaf as sholeh, para pejuang agama yg ikhlas untuk terus memikul tanggungjawab da'wah dan jihad. Mudah-mudahan Allah memeperdudukkan kita bersama dengan mereka; yang telah terbukti dalam merealisasikan pancaran iman di hati mereka dengan amal mereka yang sungguh amat hebat.

Ikhwatil kiroom, wa akhawatul kareemat,

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Al-Kareem dgn firman-Nya :

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun " (Al-Baqarah (2):155-156)

Dalam ayat di atas, dengan jelas bahawa Allah akan memberikan cubaan dan ujian kepada orang-orang yg beriman dengan cubaan ketakutan, kelaparan, kurang harta, jiwa dan buah-buahan. Lalu, cuba kita muhasabah diri sendiri atas apa yang telah terjadi dalam diri kita selama mana kita hidup di dunia.
Bagi aku, selepas berlaku beberapa peristiwa yang begitu banyak menguras masa, tenaga, pemikiran dll, maka muhasabahlah yang menjadi ubat yang paling baik untuk aku kembalikan semangat untuk kembali berjalan selepas aku terjatuh semasa berjalan dulu. Cuba kita imbas balik bagaimana pendahulu kita telah di cuba oleh Allah SWT dgn cubaan yg Maha dahsyat, bahkan sekiranya kita merasakan bahawa cubaan yg Allah berikan kepada kita adalah cubaan yg berat, maka mari kita lihat bagaimana para pendahulu kita yg mulia di cuba oleh Allah SWT.

FASA MAKKAH

Ikhwati fillah, pada masa ini bagaimana kita ketahui, ramai sahabat yg diuji Allah SWT dengan siksaan dan penderitaan yang dahsyat, sehingga ada di antara mereka yang syahid di jalan Allah. Mari kita lihat bagaimana terseksanya keluarga Yassir sewaktu disiksa oleh Abu Jahal di padang pasir yang panas membara. Kalau kita, dengan panas Malaysia pun dah tak tahan, bagaimana mungkin dengan panas padang pasir. Bahkan ikhwah sekalian mereka bukan sahaja dipanggang dibawah mentari yang terik, mereka juga diseksa dengan siksaan yang pedih oleh manusia yang bapak segala kejahilan (baca Abu Jahal). Bagaimana Yassir ditombak, Sumayyah diregangkan tangan dan kakinya kemudian ditombak kemaluannya sehingga keduanya (Yassir & Sumayyah) syahid kerana siksaan itu.
Dalam 'scene' lain, Bilal bin Rabbah, pemilik bunyi terompah yang terdengar oleh Rasulullah di syurga semasa isra' dan mi'raj, diheret oleh tuannya Umayyah bin khalaf ke padang pasir, diregangkan kaki dan tangannya, kemudian ditindih atas dadanya seketul batu yang besar yang menyebabkan dadanya sesak. Kemudian disebat dan dipaksa untuk dia kufur pada Allah.

Ikhwah fillah sekalian Allah mengabadikan dalam Al-quran bagaimana beratnya ujian yang menimpa para pendahulu kita yang mulia sehingga mereka mengatakan sebagaimana ayat berikut :

"...Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (al-Baqarah (2):214)

Namun ikhwah fillah sekalian, tidak seorang pun antara mereka yang berpaling daripada cahaya Allah, tidak seorang pun daripada mereka yang kembali kepada agama mereka yang asal. Bahkan mereka kembali kepada Rabb mereka dengan berjaya membawa bukti bahawa mereka telah mempertahankan agama mereka dengan nyawa mereka.

FASA MADINAH

Dalam peristiwa perang Khandaq atau Perang Ahzab, para sahabat telah mengikatkan 2 biji batu ke perut mereka masing-masing kerana menahan lapar akibat daripada ketiadaan makanan, namun ikhwah fillah alngkah terkejutnya mereka melihat yang Rasulullah mengikatkan 3 biji batu ke perut Baginda yang mulia kerana lapar yang melebihi laparnya para sahabatnya.

Dalam peristiwa perang Dzatur Riqa, para sahabat telah melalui satu perjalanan yang panjang dan perlu melalui padang pasir yang panas sehingga menyebabkan kuku kaki mereka tercabut namun itu tidak menjadikan mereka terpukul untuk mundur jauh sekali daripada berpaling daripada perjuangan ini.


Sebab itu lah ikhwah sekalian Allah memberikan kita ayat yang tersebut ini :


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya). (Al Ahzab: 23)


Berbalik kepada permasalahan kita selepas daripada bencana yang melanda jamaah beberapa minggu yang lalu. Bencana yang hampir melumpuhkan seluruh gerak kerja da'wah dalam negara, bencana yang menguras semangat para dai dan daiyah, bencana yang menyita tenaga ikhwah dan akhowat untuk bertenang. Maka kita katakan kepada mereka semua bahawa, "Wahai ikhwah dan akhowat ku sekalian, ini adalah cubaan Allah ke atas kita, ini adalah masanya untuk kita melihat kembali janji-janji yang telah kita patrikan kepada Allah iaitu kita akan tetap terus untuk berda'wah walau apa pun cubaan dan rintangan yang dilalui.

Ikhwati Ilallah, inilah masanya untuk kita beramal dengan ayat yang selalu kita perdengarkan kepada anak halaqah kita supaya mereka bersabar dengan ujian Allah, inilah masanya untuk kita beramal dengan ayat quran bahawa setiap orang yang mengaku beriman itu akan di uji oleh Allah :

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yg dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu...." (al-Baqarah (2):214)

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" (al-Ankabuut (29):2)


Maka ketahuilah ikhwah fillah sekalian bahawa setiap daripada penderitaan, kesakitan, kekurangan dan cubaan yang datang kepada kita, sekiranya kita bersabar dan redha dalam setiap dugaan yang diberika oleh Allah maka, sedarlah bahawa kita telah melakukan suatu urus niaga dengan Allah Azza wa Jalla dengan Allah menawarkan untuk membeli iman kita, pengorbanan kita, susah senang kita, jerit perih kita dengan menawarkan syurga untuk kita semua.

Wahai ikhwah fillah ku sekalian adakah tawaran syurga itu tidak bisa menenangkan hati-hati kita? Adakah dengan tawaran syurga itu tidak bisa mengubat kedukaan kita yang menderita? Adakah tawaran syurga itu tidak dapat menyebabkan kita menguntumkan senyuman setiap kali datangnya cubaan dan dugaan daripada Allah. Maka ikhwah fillah sekalian bergembiralah dengan jual beli yang telah, sedang dan akan kita lakukan seterusnya kerana pembelinya adalah Allah, Sang Pembeli yang akan terus membayar harga tinggi kepada setiap barang dagangan yang si mujahid wa mujahidah fisabilillah tawarkan kepada Nya.

Adakah ini akan menyebabkan kita berhenti daripada melaju untuk terus berjuang fisabililah pada jalan da'wah ?

Tepuk dada tanya Iman.....

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang dijalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalan Taurat< Injil dan al-Quraan. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itu lah kemenangan yang agung " (at_Taubah (9):111)


Wallahu a'lam

Rabu, 21 Oktober 2009

Bencana Sudah Berlalu.....

Assalamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh....

Bismillahirrahmannirrahim........

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang menciptakan diri ku dan diri mu, yang menguasai perjalanan setiap apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya kita manusia adalah sangat lemah....sangat lemah kemampuannya dibandingkan Dia. Namun adakah kita manusia ini mahu mengambil pelajaran?

Sudah lebih kurang 3 minggu, berlalu sudah musibah yang menimpa aku. Dalam pada 3 minggu masa yang berlalu, macam-macam yang aku dengar, lihat dan lalui. Dalam 3 mnggu ni, aku banyak belajar dengan kehidupan.

Dapatlah aku dengar bagaimana sebagian daripada manusia yang terpercaya (dahulu), dengan tidak segan silu, dengan tanpa rasa bersalah, dengan mencari2 dalil menghalalkannya menaburkan fitnah dan keburukan terhadap seorang pejuang da'wah. Dalam masa 3 minggu ini juga, aku dapat lihat bagaimana ramai yang kecundang dalam arus fitnah dan keburukan yang berlaku, sehingga sebahagian orang itu tidak lagi dapat berfikir dengan waras, dengan benar, berlandaskan al-Quran dan Hadith.

Bila mana datang ayat Allah supaya kita 'tabayyun' @ menyiasat setiap berita, setiap apa yang datang, maka di mana orang2 yang dahulunya begitu fasih dan lancar dalam mengungkapkan ayat itu sekarang? Ketika mana keadaan kelam kabut, kucar-kacir, dan kacau-bilau, adakah pantas bagi seorang pembaca al-Quran dan pengikut Muhammad s.a.w itu lupa pada peringatan Allah supaya menyiasat berita yang mengkucar-kacirkan saf da'wah?

Ya allah betapa mudahnya manusia itu terlupa. YA Allah betapa lemahnya manusia dalam menghadapi ujian dari Mu, Ya Allah, ampunilah aku dan mereka.

InsyaAllah akan ku sambung semuala......

p/s : aku sebenarnya dah lama tak menulis, namun sekarang aku rasa aku perlu menulis kembali untuk aku ungkapkan apa yang telah berlaku, untuk pengajaran bagiku dan orang lain, InsyaAllah.


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes