Isnin, 30 Mac 2009

Hidupku.....Pengembala Kambing

Assalamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh
Innalhamdulillah......
Amma Ba'du,

Alhamdulillah, aku kini kembali untuk menulis di blog usang kepunyaanku ini (usang kerana dah lama tak nulis weiiii....!!!)

Aku kini sibuk untuk mengembala kambing....Haaaa kambing??
Ya aku kini menjadi pengembala kambing....Alhamdulillah kini kandangku dah diisi dengan 15 ekor kambing....

3 ekor jamnapari, 7 ekor kambing kampung, dan 5 ekor jenis feral. (Alamak dah macam nak citer tentang kambing lak)

Tujuan ku bukan nak bercerita tentang kambing peliharaan ku semata, namun untuk kita bersama mengambil pengajaran daripada binatang yang Allah jadikan untuk kita iaitu kambing!!!!

Dalam nak membela, sesetengah orang tu sangat rajin, ya sangat rajin pada awalnya, namun makin menurun semangatnya dalam menjalani hari, makin kering kesungguhannya, makin futur gerak kerjanya dalam nak membela kambing.

Ikhwah fillahu taala,
aku sebagai penternak kambing, sekiranya aku tidak memberi kambing ku makan, maka tiada sesiapa lagi yang akan memberinya makan. Sekiranya aku malas untuk bergerak 'mencerut' (baca : menyabit) rumput maka tiada sesiapa yang akan mencerutnya untuk ku.
Ikhwah yang aku cintai,
Cuba kita perhatikan akan gerak kerja kita dalam dakwah. Sebelumnya aku ingin mengingatkan ikhwah sekalian bahawa aku bukanlah orang yang hebat kiprahnya (baca : penglibatan) dalam dakwah. Namun mungkin dengan tulisan ini dapat aku boost-up kerja-kerja dakwah ku yang mendatang.
Ya kembali kepada pembicaraan kita tentang pengajaran daripada cerita kambing tadi, maka bersama kita fikirkan, ikhwah ku sekalian, umat ini sekarang sedang kelaparan, umat ini sedang kehausan, umat sedang dalam kepenatan dek kerana penangan dunia yang begitu kejam. Justeru umat kini sedang menunggu-nunggu untuk mendapatkan siraman air yang sejuk, nyaman, dan memberikan kesegaran dalam tubuh umat.
Air yang bisa mengalir kedalam dada umat, membersihkan dada umat ini daripada kekotoran dan penyakit yang sudah sekian lama membelenggu. Tubuh umat ini sudah cukup parah dan bernanah dengan segala macam penyakit yang bersarang. Lalu kitalah yang perlu menyalirkan air kepada umat, kitalah yang Allah berikan tanggungjawab untuk membawakan segelas air kepada umat ini. Kitalah yang Allah berikan telaga untuk kita kemudiannya segara bijak membagikan air telaga itu kepada seluruh manusia yang sedang kehausan yang berada di sekeliling kita.
Jika bukan kita, siapa lagi? jika bukan kita siapa lagi yang bisa mengekang umat daripada terus tersiksa dengan segala kudis dan kusta dikulit umat ini? Maha suci Allah yang telah memberikan peringatan kepada kita dengan peringatan yang sangat banyak. Memberikan perumpamaan kepada orang yang menyeru pada jalan Allah itu sebagai umat yang terbaik seperti mana dalam surah ali-Imraan :

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf (kebaikan) dan mencegah dari yang mungkar (keburukan), dan beriman kepada Allah".
(Ali Imraan (3) : 110)

Ayat yang masyhur dikalangan para aktivis dakwah. Namun sejauh mana tuntutan ayat tersebut yang sudah kita lakukan, hak ayat tersebut untuk kita amalkan? (Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk beramal dgn ayat ini)

Maka ikhwah fillah rahimakumullah, belajarlah daripada apa yang ada disekitar kita, ambillah sebanyak mana hikmah yang bisa kita reguk daripada sumber yang suci dan murni (al-Quran dan Sunnah) dab berbagilah ia kepada umat di sekeliling mu. Mungkin kita tidak pandai berbicara, bisa saja menggunakan pena untuk memberikan air mujarak kepada umat. Tidak pandai menggunakan pena, gunakan segala yang ALLAH berikan hatta secangkir senyuman juga sangat bermanfaat dalam memberikan air yang mujarab yang insyaAllah akan mengubati penyakit umat ini....

Wassalamua'laikum warohmatullah.

0 ulasan:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes