Rabu, 4 November 2009

Wahai Hati......Manisnya Ukhuwwah......

Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Bismillahirrahman arrahim

Pagi tadi aku keluar sarapan dengan ikhwah2 daripada UTP. Sebab utamanya nak ambil buku yang aku nak pinjam daripada akh Umair. Buku manhaj Haraki tulisan Syeikh Munir Ghadban. Aku dah mintak minggu lepas, tapi dia asyik terlupa nak bagi. Jadi untuk balas dendam dia ajak untuk sarapan skali. (Balas dendam??)Sampai kat kedai atap biru, aku tongkat motor, eh! jumpa lak ikhwah islah tengah makan ngan kawan-kawan diorang. Aku jalan ke arah diorang dan tegur dengan mesra. Lagi pun mereka adlah antara ikhwah Islah yang sangat rapat dengan ku dulu. Subhanallah, Allah mempertemukan aku dengan ikhwah2 Islah selepas aku agak tiga minggu aku tak jumpa mereka.

Ok, berbalik pada cerita asal, Umair, Pale dan aku makan bersama sarapan pagi tu. Umair makan nasi lemak-teh O, Pale nasi lemak ngan kopi O, aku plak macam biasa kalau ke atap biru musti nak makan roti canai dia punya dgn teh panas. Kami bertanya khabar tentang iman dan dakwah masing-msing. Aku sempat tanya Umair ngan Pale tentang persediaan utk exam. Diorang kata tengah prepare walaupun diorang takde 'study week'. Apalah UTP nih, takde study week plak. Cerita berterusan kepada tulisan di blog Umair tentang mimpi. Kat situ dia tulis pasal dia mimpi kawin. Kami berbual sambil gelak ketawa sampai orang kat sebelah pn heran dan senyum kat kami sebab mungkin tengok kami nih 'happy go lucky'.

Dalam masa berbual tu, aku terfikir tentang alangkah manisnya kalau semua orang dapat merasakan apa yang kami tengah rasakan. Manisnya berukhuwwah kerana cintakan Allah. Bertemu bukan kerana apa-apa selain kerana rindu kepada saudara seiman. Pabila bertemu topik yang diperkata adalah tentang dakwah, kebajikan ikhwah, dan tentang iman. Bukan seperti sesetengah manusia yang pabila bertemu maka yang diperkata adalah berkenaan sesuatu yang selain daripada iman, termasuklah muvie, games, mengumpat (nauzubillah), memfitnah dll.

Aku merasakan ada ketenangan dan keriangan yang meresap masuk dalam hati ku apabila aku bertemu dengan ikhwah yang sama-sama berjuang atas jalan dakwah fisabilillah. Bagaimana mungkin seseorang itu akan merasakan tawarnya dakwah sekiranya dia berada dalam lingkungan yang sentiasa menyokong dan melatihnya utk terus ikhlas, tsabat dan sabar utk terus berjalan di atas jalan dakwah? Aku tak dapat bayangkan bagaimana seseorang yang tidak dapat merasakan nikmatnya berukhuwwah di jalan Allah. Oh..alangkah manisnya sebuah ukhuwwah kerana Allah.

Terima kasih ya Allah kerana masih mengurniakan kepada ku nikmat untuk aku berukhuwwah dengan hamba-hamba-Mu yang sedang berjuang di jalan Mu.

Wallahu a'lam

0 ulasan:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes