Rabu, 28 Oktober 2009

Lagu Muhasabah Sabar Untuk Semua

Mungkinkah saja kamu tersenang,
Melihat musibah di hadapan mu,
Bolehlah saja kamu menangis,
Semua dibalik itu Allah memberinya kebaikan,

Kabarkan berita gembira bagi yang sabar,
Bila datang musibah dia ucapkan,
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN,
KAmi milik Allah akan kembali pada Allah,

Kamu kan mendapatkan,
tempat dan kedudukan,
Yang mulia di sisi Allah

Janganlah kamu bersangka buruk,
Mari pujilah Allah walau dalam bencana,
Allah menguji ketaatan mu,
Dengan rasa takut, lapar sengsara jiwa raga,

Wahai orang beriman bersabarlah,
Bangkitlah tingkatkan taqwa kepada Allah,
Dimana ada suatu kesulitan,
Di sana ada dua jalan,
Bagi mu kemudahan....

New Sakha
(BERITA GEMBIRA)

Terus Berjalan...Tuk Sampai Ke Destinasi....

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Bismillahirrahman arrahim.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pentadbir alam semesta, yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada di dalamnya.
Sholawat dan salam ke atas junjungan besar, nabi kecintaan, penghulu bagi kaum muslimin, Rasulullah Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat wa sahabiah baginda, tabi'in, athba uttabi'in, salaf as sholeh, para pejuang agama yg ikhlas untuk terus memikul tanggungjawab da'wah dan jihad. Mudah-mudahan Allah memeperdudukkan kita bersama dengan mereka; yang telah terbukti dalam merealisasikan pancaran iman di hati mereka dengan amal mereka yang sungguh amat hebat.

Ikhwatil kiroom, wa akhawatul kareemat,

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran Al-Kareem dgn firman-Nya :

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun " (Al-Baqarah (2):155-156)

Dalam ayat di atas, dengan jelas bahawa Allah akan memberikan cubaan dan ujian kepada orang-orang yg beriman dengan cubaan ketakutan, kelaparan, kurang harta, jiwa dan buah-buahan. Lalu, cuba kita muhasabah diri sendiri atas apa yang telah terjadi dalam diri kita selama mana kita hidup di dunia.
Bagi aku, selepas berlaku beberapa peristiwa yang begitu banyak menguras masa, tenaga, pemikiran dll, maka muhasabahlah yang menjadi ubat yang paling baik untuk aku kembalikan semangat untuk kembali berjalan selepas aku terjatuh semasa berjalan dulu. Cuba kita imbas balik bagaimana pendahulu kita telah di cuba oleh Allah SWT dgn cubaan yg Maha dahsyat, bahkan sekiranya kita merasakan bahawa cubaan yg Allah berikan kepada kita adalah cubaan yg berat, maka mari kita lihat bagaimana para pendahulu kita yg mulia di cuba oleh Allah SWT.

FASA MAKKAH

Ikhwati fillah, pada masa ini bagaimana kita ketahui, ramai sahabat yg diuji Allah SWT dengan siksaan dan penderitaan yang dahsyat, sehingga ada di antara mereka yang syahid di jalan Allah. Mari kita lihat bagaimana terseksanya keluarga Yassir sewaktu disiksa oleh Abu Jahal di padang pasir yang panas membara. Kalau kita, dengan panas Malaysia pun dah tak tahan, bagaimana mungkin dengan panas padang pasir. Bahkan ikhwah sekalian mereka bukan sahaja dipanggang dibawah mentari yang terik, mereka juga diseksa dengan siksaan yang pedih oleh manusia yang bapak segala kejahilan (baca Abu Jahal). Bagaimana Yassir ditombak, Sumayyah diregangkan tangan dan kakinya kemudian ditombak kemaluannya sehingga keduanya (Yassir & Sumayyah) syahid kerana siksaan itu.
Dalam 'scene' lain, Bilal bin Rabbah, pemilik bunyi terompah yang terdengar oleh Rasulullah di syurga semasa isra' dan mi'raj, diheret oleh tuannya Umayyah bin khalaf ke padang pasir, diregangkan kaki dan tangannya, kemudian ditindih atas dadanya seketul batu yang besar yang menyebabkan dadanya sesak. Kemudian disebat dan dipaksa untuk dia kufur pada Allah.

Ikhwah fillah sekalian Allah mengabadikan dalam Al-quran bagaimana beratnya ujian yang menimpa para pendahulu kita yang mulia sehingga mereka mengatakan sebagaimana ayat berikut :

"...Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (al-Baqarah (2):214)

Namun ikhwah fillah sekalian, tidak seorang pun antara mereka yang berpaling daripada cahaya Allah, tidak seorang pun daripada mereka yang kembali kepada agama mereka yang asal. Bahkan mereka kembali kepada Rabb mereka dengan berjaya membawa bukti bahawa mereka telah mempertahankan agama mereka dengan nyawa mereka.

FASA MADINAH

Dalam peristiwa perang Khandaq atau Perang Ahzab, para sahabat telah mengikatkan 2 biji batu ke perut mereka masing-masing kerana menahan lapar akibat daripada ketiadaan makanan, namun ikhwah fillah alngkah terkejutnya mereka melihat yang Rasulullah mengikatkan 3 biji batu ke perut Baginda yang mulia kerana lapar yang melebihi laparnya para sahabatnya.

Dalam peristiwa perang Dzatur Riqa, para sahabat telah melalui satu perjalanan yang panjang dan perlu melalui padang pasir yang panas sehingga menyebabkan kuku kaki mereka tercabut namun itu tidak menjadikan mereka terpukul untuk mundur jauh sekali daripada berpaling daripada perjuangan ini.


Sebab itu lah ikhwah sekalian Allah memberikan kita ayat yang tersebut ini :


"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya). (Al Ahzab: 23)


Berbalik kepada permasalahan kita selepas daripada bencana yang melanda jamaah beberapa minggu yang lalu. Bencana yang hampir melumpuhkan seluruh gerak kerja da'wah dalam negara, bencana yang menguras semangat para dai dan daiyah, bencana yang menyita tenaga ikhwah dan akhowat untuk bertenang. Maka kita katakan kepada mereka semua bahawa, "Wahai ikhwah dan akhowat ku sekalian, ini adalah cubaan Allah ke atas kita, ini adalah masanya untuk kita melihat kembali janji-janji yang telah kita patrikan kepada Allah iaitu kita akan tetap terus untuk berda'wah walau apa pun cubaan dan rintangan yang dilalui.

Ikhwati Ilallah, inilah masanya untuk kita beramal dengan ayat yang selalu kita perdengarkan kepada anak halaqah kita supaya mereka bersabar dengan ujian Allah, inilah masanya untuk kita beramal dengan ayat quran bahawa setiap orang yang mengaku beriman itu akan di uji oleh Allah :

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yg dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu...." (al-Baqarah (2):214)

"Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?" (al-Ankabuut (29):2)


Maka ketahuilah ikhwah fillah sekalian bahawa setiap daripada penderitaan, kesakitan, kekurangan dan cubaan yang datang kepada kita, sekiranya kita bersabar dan redha dalam setiap dugaan yang diberika oleh Allah maka, sedarlah bahawa kita telah melakukan suatu urus niaga dengan Allah Azza wa Jalla dengan Allah menawarkan untuk membeli iman kita, pengorbanan kita, susah senang kita, jerit perih kita dengan menawarkan syurga untuk kita semua.

Wahai ikhwah fillah ku sekalian adakah tawaran syurga itu tidak bisa menenangkan hati-hati kita? Adakah dengan tawaran syurga itu tidak bisa mengubat kedukaan kita yang menderita? Adakah tawaran syurga itu tidak dapat menyebabkan kita menguntumkan senyuman setiap kali datangnya cubaan dan dugaan daripada Allah. Maka ikhwah fillah sekalian bergembiralah dengan jual beli yang telah, sedang dan akan kita lakukan seterusnya kerana pembelinya adalah Allah, Sang Pembeli yang akan terus membayar harga tinggi kepada setiap barang dagangan yang si mujahid wa mujahidah fisabilillah tawarkan kepada Nya.

Adakah ini akan menyebabkan kita berhenti daripada melaju untuk terus berjuang fisabililah pada jalan da'wah ?

Tepuk dada tanya Iman.....

"Sesungguhnya Allah membeli daripada orang mu'min, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang dijalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalan Taurat< Injil dan al-Quraan. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itu lah kemenangan yang agung " (at_Taubah (9):111)


Wallahu a'lam

Rabu, 21 Oktober 2009

Bencana Sudah Berlalu.....

Assalamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh....

Bismillahirrahmannirrahim........

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, yang menciptakan diri ku dan diri mu, yang menguasai perjalanan setiap apa yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya kita manusia adalah sangat lemah....sangat lemah kemampuannya dibandingkan Dia. Namun adakah kita manusia ini mahu mengambil pelajaran?

Sudah lebih kurang 3 minggu, berlalu sudah musibah yang menimpa aku. Dalam pada 3 minggu masa yang berlalu, macam-macam yang aku dengar, lihat dan lalui. Dalam 3 mnggu ni, aku banyak belajar dengan kehidupan.

Dapatlah aku dengar bagaimana sebagian daripada manusia yang terpercaya (dahulu), dengan tidak segan silu, dengan tanpa rasa bersalah, dengan mencari2 dalil menghalalkannya menaburkan fitnah dan keburukan terhadap seorang pejuang da'wah. Dalam masa 3 minggu ini juga, aku dapat lihat bagaimana ramai yang kecundang dalam arus fitnah dan keburukan yang berlaku, sehingga sebahagian orang itu tidak lagi dapat berfikir dengan waras, dengan benar, berlandaskan al-Quran dan Hadith.

Bila mana datang ayat Allah supaya kita 'tabayyun' @ menyiasat setiap berita, setiap apa yang datang, maka di mana orang2 yang dahulunya begitu fasih dan lancar dalam mengungkapkan ayat itu sekarang? Ketika mana keadaan kelam kabut, kucar-kacir, dan kacau-bilau, adakah pantas bagi seorang pembaca al-Quran dan pengikut Muhammad s.a.w itu lupa pada peringatan Allah supaya menyiasat berita yang mengkucar-kacirkan saf da'wah?

Ya allah betapa mudahnya manusia itu terlupa. YA Allah betapa lemahnya manusia dalam menghadapi ujian dari Mu, Ya Allah, ampunilah aku dan mereka.

InsyaAllah akan ku sambung semuala......

p/s : aku sebenarnya dah lama tak menulis, namun sekarang aku rasa aku perlu menulis kembali untuk aku ungkapkan apa yang telah berlaku, untuk pengajaran bagiku dan orang lain, InsyaAllah.

Khamis, 6 Ogos 2009

Perbaiki Diri, Ajak Orang Lain (2) - dr Site Eramuslim

Tujuan memperbaiki diri adalah untuk mewujudkan pejuang dakwah yang sahih. Tujuan menyeru orang lain adalah untuk memperbanyak golongan mukmin yang benar.

Dari Buku: Thariqud Dakwah atau Jalan Dakwah

Penulis: Syaikh Mustafa Masyhur

Perbaikilah dirimu dan ajak orang lain. Itulah pertama untuk satu-satunya jalan dalam rangka membangun persatuan kaum muslimin, meninggikan mereka supaya mereka dapat menduduki tempat yang wajar sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, sebagai golongan manusia yang memberi pengajaran kepada manusia serta menunjukkan mereka kepada siratul mustaqim.

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyeru kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah." [Ali Imran (3) : 110]

"Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (pebuatan) kamu." [Al-Baqarah(2): 143]

Tujuan memperbaiki diri adalah untuk mewujudkan pejuang dakwah yang sahih. Tujuan menyeru orang lain adalah untuk memperbanyak golongan mukmin yang benar. Kemudian mereka akan mengikat janji untuk bersaudara dan berkasih sayang untuk menjadi satu dasar yang kokoh yang mempunyai iman yang teguh.

Di atasnyalah didirikan bangunan Islam yang menjulang tinggi yang merealisasikan kebenaran dan menghapuskan kebatilan, hingga muslimin menjadi pemimpin dunia dan beroleh bahagia di akhirat dan akhirnya janji Allah menjadi nyata di hadapan manusia.

"Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkannya terhadap semua agama. Cukuplah Allah sebagai saksi." Al-Fath (: 28

Kita telah membahas bagian pertama tentang memperbaiki diri dengan uraian serba ringkas serta beberapa penekanan. Sebelum saya membahas bagian kedua, yaitu mengajak orang lain kepada Allah, sebaiknya saya mengingatkan bahwa orang yang kita seru untuk melalui jalan Allah, melalui jalan dakwah Islam, bahwa apa yang kita serukan kepadanya adalah semata-mata untuk memperbaiki dirinya dan menyeru manusia kepada Allah. Ini merupakan perkara yang terpenting dalam urusan hidup mereka bahkan inilah perkara yang menentukan hidup mereka. Oleh karena itu, siapa yang layak dalam perkara itu wajiblah ia memberi perhatian yang utama dan pertama kepada perkara itu.

Sesungguhnya kita menyeru dia dan manusia kepada satu perniagaan yang tidak merugikan. Perniagaan yang melepaskan kita dari azab Allah. Dan ada padanya nikmat yang kekal, yaitu syurga dan tempat-tempat kediaman yang baik. Di samping itu ada padanya pertolongan dan pemberian kuasa dari Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Yaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai 'Adn'. Itulah keberuntungan yang besar. Dan ada lagi kurnia yang lain yang kamu sukai yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. " As-Saff: 9-13

Ini adalah satu urusan yang penting dan besar. Sesungguhnya kita menyeru para aktivis dakwah supaya menyerahkan diri dan segala apa yang ada pada mereka untuk perjuangan di jalan Allah. Kemudian, mereka juga mengajak yang lain untuk menyerahkan dirinya dan segala apa yang ada padanya di jalan Allah.

Kita tidak menyeru manusia supaya membeli saham di dalam satu rancangan perniagaan atau pertanian atau perusahaan untuk melipatgandakan harta saudara yang berlebihan dari keperluan saudara. Tetapi kita menyeru saudara kepada satu perniagaan dengan Allah.

Dialah, Allah, yang membeli dari kita, diri kita dan harta kita dengan harga yang mahal. Ketahuilah bahwa harganya adalah syurga yang seluas langit dan bumi. Maka adakah lagi di sana satu perkara yang dapat menandingi perkara yang paling besar dan menentukan kesudahan kita?

Sekiranya para pengusaha dan ahli perniagaan dunia mengorbankan usaha mereka untuk melariskan barang perniagaan mereka, memajukan rancangan mereka, menyebarkan iklan barang-barang mereka, mempamerkan dengan baik dan menarik hati manusia padanya dan menonjolkan keuntungan yang diperolehi daripadanya. Alangkah baiknya kita mengorbankan segala usaha kita untuk dakwah di jalan Allah, dakwah Islam yang memang lebih layak menerima layanan dari kita.

Kita tunjukkan dakwah itu kepada manusia dengan cara yang sebaik-baiknya. Kita kemukakan kepada mereka, menggembirakan hati mereka supaya mereka dapat menerima dengan senang dan puas hati. Kita mesti bersabar melakukannya. Alangkah besarnya keuntungan yang akan pulang kepada pendukung dakwah yang menyeru manusia kepada Allah dan orang yang diseru apabila dia menyahut seruan pendukung dakwah Islam.

Urusan dakwah kepada Allah tidak dapat disimpulkan dengan satu atau dua tajuk rencana, tetapi kita perlu merujuk kembali kepada buku-buku, risalah-risalah dan artikel-artikel yang ditulis di sekitar dakwah dan pendukung dakwah. Juga, tidak boleh tidak, mesti melibatkan diri secara langsung dengannya dalam urusan dakwah yang membentuk da'i Ilallah yang membersihkan dan memberikannya pengalaman dan latihan. Memadailah di sini dengan menyebutkan beberapa pandangan dan ketenangan yang dapat dijadikan petunjuk. Semoga Allah memberkatinya.

Hendaklah diketahui bahwa para pendukung dakwah pada hari ini bukanlah para pendukung dakwah semalam karena mereka pada hari ini adalah golongan yang terpelajar yang telah dipersiapkan, yang telah dilatih. Mereka terdiri dari golongan profesional (terutamanya di negara barat) di mana mereka mengkhususkan satu pasukan yeng terlatih bagi tiap-tiap fikrah untuk menjelaskan perkara yang samar dan memunculkan perkara yang baik, dan mereka telah berupaya melakukan berbagai cara penyebaran dan jalan-jalan di'ayah dan propaganda serta mencari jalan yang paling hampir dan mudah dipercayai dan diterima pada jiwa manusia.

18.1 Kemuliaan dan Kepercayaan (Tsiqah)

Kemuliaan dan kebanggaan apa lagi yang saudara mau setelah saudara menjadi pendukung dakwah, penyeru kepada Allah, karena sesungguhnya saudara menyeru kepada setinggi-tinggi cita-cita dan semulia-mulia tujuan. Sesungguhnya berdakwah kepada Allah itulah tugas Rasulullah s.a.w. kepada mereka semua. Tiap-tiap perkataan yang saudara serukan manusia kepada Allah, itulah sebaik-baik perkataan dan Allah telah menetapkan demikian dalam firmanNya:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan yang saleh dan berkata. "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?" Fushilat: 33

"Dari kalangan orang-orang yang menyerah diri kepada Allah", adakah lagi di sana satu perkataan yang lebih mulia dari itu? Sesungguhnya kita menyeru manusia kepada kebenaran dan kebenaran inilah yang lebih patut diikuti. Apakah ada lagi selain kebenaran itu kecuali kesesatan.

Kita membawa mutiara dan cahaya supaya kita memandu manusia yang sesat di tengan-tengah kegelapan. Karena sesungguhnya kita berada di atas agama yang benar yang diterima oleh Allah dan yang lain selainnya adalah batil. Al-Quran inilah kitab Allah yang tidak mungkin dicampuri oleh kebatilan, apakah dari depan atau dari belakang.

Inilah kitab yang diturunkan dari Allah yang Maha Bijaksana lagi yang terpuji. Dunia pada hari ini sangat-sangat memerlukan agama ini untuk menyelamatkan kecelakaan yang menimpanya. Marilah kita berdakwah, yakinlah, percayalah dan berpuas hatilah kepada kesempurnaan dan ketinggian apa yang kita serukan kepadanya.

18.2 Beberapa Perkara Yang Berhubungan dengan Pendukung Dakwah

Ad-da'i ilallah, pendukung dakwah mestilah tahu bahwa melaksanakan tugas dakwah kepada Allah adalah perkara yang wajib dan bukanlah perkara sukarela saja. Dia mesti berdakwah setiap masa, setiap tempat dan dalam situasi dan kondisi apa pun walaupun di dalam penjara atau di bawah tekanan dan kesusahan. Sekalipun dia mengalami gangguan dan ujian, lantaran berdakwah kepada Allah, janganlah perkara tersebut menghalanginya dari meneruskan dakwahnya demi membawa kebaikan kepada manusia dengan kesabaran dan hanya mengharap pertolongan dan ganjaran dari Allah.

Allah berfirman:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?". Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang di
antara kamu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar". Fushilat: 33-35

Imam as-Syahid telah memberi wasiat dalam pengertian ini dengan berkata:

"Jadilah kamu di kalangan manusia seperti pohon buah. Mereka melemparnya dengan batu, tetapi dia membalas mereka dengan buah". Dan berkata lagi: "Wahai saudaraku sesungguhnya saudara hanyalah beramal untuk dua tujuan: Supaya saudara berjaya dan menunaikan tugas yang wajib. Sekiranya tujuan pertama gagal, yaitu tidak ada orang yang menyahut seruan saudara, janganlah pula saudara terlepas dari yang kedua, yaitu saudara memang harus menunaikan kewajiban".

Para pendukung dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, mestilah menyeru manusia kepada Allah dari markas kekuatan dan kemuliaan, bukan dari markas kelemahan dan kehinaan. Dari kedudukan orang yang percaya, yakin dan puas hati, bukan dari kedudukan orang yang ragu dan bimbang dan bukan dari kedudukan orang yang mempertahankan dan membela musuh-musuh Islam.

Para du'at kepada Allah mesti menjadi contoh teladan yang baik kepada apa yang diserukan dan benar-benar berjalan dengan apa yang diseru kepada manusia. Setiap yang diserukan itulah yang diperbuatnya, apa yang dikata itulah yang dilakukan, amalannya sesuai dengan kata-katanya. Supaya dia tidak terjatuh kepada kemurkaan Allah.

"Hai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". As-Saff: 2-3

Pendukung dakwah yang menyeru manusia mestilah ikhlas karena Allah di dalam dakwahnya. Tidak ada yang diharapkan daripadanya kecuali keredhaan Allah. Tidak mengharapkan pujian dan sanjungan dari manusia dan tidak harus menunggu untuk dikagumi ucapannya oleh manusia. Dia mesti berkata benar dan bersifat benar di dalam segala perkara supaya dia senantiasa dipercayai oleh manusia.

Ad-da'i kepada Allah mesti sabar, redha menanggung segala rintangan yang mengganggunya di tengah jalan. Ridha menanggung dan menerima segala penyiksaan, kritikan, ejekan dan berpalingnya manusia daripadanya. Dia mesti bersifat ramah pengasih, penyayang, lemah-lembut. Sebab yang demikian itu akan menyebabkan manusia sayang kepadanya dan menolongnya, tertarik hati kepadanya dan menggabungkan diri kepadanya dan benarlah Allah yang Maha" Agung:

"Maka disebabkan Rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu ". Ali lmran: 159

Sahibud-dakwah mestilah bersifat Hilm tatkala mengendalikan dirinya di waktu marah. Jangan mudah marah dan melatah, mestilah berlapang dada dan berjiwa besar kepada setiap yang bertanya, yang mengkritik atau yang memberi nasihat sekalipun bagaimana cara nasihat yang paling baik dan mesti bersedia menerima nasihat dalam bentuk apa pun.

Sahibud-dakwah, pendukung dakwah kepada Allah, mestilh menghafaz al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. selagi dia mampu berbuat demikian. Sebab yang demikian itu menolongnya mengambil dalil dari al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. dalam setiap urusan dan pengertian yang datang kepadanya.

Dia mesti mengetahui sirah yang harum peninggalan Rasulullah s.a.w. untuk memperoleh pengajaran, pendirian dan teladan. Sebab, ia dapat mempengaruhi dan memberi kesan di dalam jiwa. Dari sirah Rasulullah s.a.w. itu, sahibud dakwah yang menyeru manusia kepada Allah memperoleh uslub, cara dakwah dan cara harakah dalam berdakwah.

Dia patut menyediakan satu buku catatan ketika membaca kitab dan bersungguh-sungguh untuk mencatat hal-hal penting dan menarik dari bacaannya sebagai bekalan dalam jalan dakwah. Ini karena, terlalu bergantung kepada daya ingatan selalu mengkhianati tuannya. Jadi perlulah disediakan buku catatan atau buku peringatan.

Sahibud-dakwah perlu mengetahui berbagai urusan agamanya, karena dia senantiasa terarah kepada berbagai persoalan dan tafsiran. Dia juga perlu mempunyai pemikiran Islam supaya dia memandang segala perkara dan peristiwa dengan pandangan Islam dan menghukum segala sesuatu menurut kaca mata Islam.

Sahibud-dakwah, mesti mengetahui bahwa di samping mempunyai kefahaman yang teliti dan halus terhadap Islam, dia juga perlu kepada keimanan yang mendalam serta hubungan dan kepercayaan terhadap Allah. Inilah sebaik-baik bekalan di atas jalan dakwah.

18.3 Di Sekitar Uslub Dakwah

Uslub atau cara berdakwah adalah sebagian dari dakwah. Tingginya tujuan dan cita-cita yang kita seru manusia kepadanya tidaklah mencukupi kalau dilaksanakan dengan cara yang salah dan tidak proporsional. Ada kemungkinan uslub dan cara yang digunakan itu memburukkan suasana atau menyebabkan manusia lari dan menjauhkan diri dari dakwah kita akibat tidak sesuai dengan masa dan tempat. Untuk itu Allah telah memberi arahan kepada kita dengan firmanNya:

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik". An-Nahl: 125

"bil-hikmah ": dengan kebijaksanaan, dengan hujah-hujah yang kuat dan bukti yang konkrit. Menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari berbuat munkar dan jahat mestilah dengan cara yang baik, sikap yang baik, kata-kata yang lemah lembut. Bukan dengan kasar dan keras.

Sahibud-dakwah mesti berani mengatakan perkara yang benar walaupun pahit, tetapi dengan cara yang menarik dan senang diterima oleh manusia. Di samping itu, dia tidak boleh bermuka dua, tidak boleh bersifat munafik walaupun dengan tujuan menarik hati manusia atau menggembirakan mereka dan menarik minat mereka kepadanya.

Dia harus tegas dan terus terang supaya manusia dapat mengenali kebenaran yang dibawanya. Karena sesungguhnya cara yang ambigi dan bersifat munafik, tidak sesuai dengan keagungan, kebenaran dan dakwah Allah yang diserukannya. Dan Allah telah memberi amaran kepada Rasulullah s.a.w di dalam firmanNya:

"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak pula kepadamu ".
Al-Qalam: 9

Mereka suka jika kamu tidak tegas, supaya mereka tidak tegas pula dengan kamu. Sahibud-dakwah perlu memahami jiwa manusia dan mengetahui anak kunci hati supaya dia mampu membuka pintu-pintu hati dan menyampaikan kepada manusia apa yang dikehendaki.

Jangan bertindak secara mendadak dengan membawa kepada mereka apa yang dibenci oleh jiwa mereka supaya mereka tidak terperanjat. Sahibud-dakwah mesti mengetahui terlebih dahulu dari mana dan bagaimana cara untuk memulakan setelah dikaji, ditapis dan disediakan segala apa yang diperlukan untuk urusan dakwah.

Sahibud-dakwah mestilah menentukan topik yang hendak dibicarakan supaya para pendengarnya mendapat faedah yang nyata dan jelas daripadanya. la mesti memperbaiki sistematika dan susunan pemaparan terhadap pengertian dan tajuk yang dibicarakan dengan susunan yang dapat menyokong dakwahnya supaya mereka berpuas hati dan menerimanya.

Sahibud-dakwah mestilah mampu memadukan akal, perasaan dan hati manusia di dalam uslubnya. Jangan berbicara dengan akal semata-mata tetapi ketandusan perasaan dan tidak pula semata-mata dengan perasaan dan hati saja tanpa kepuasan akal dan lojik. Isi perbicaraannya mestilah dapat diterima akal, menarik perasaan dan menawan hati sehingga akal, perasaan dan hati manusia berpuas hati dengannya.

Satu dari cara-cara yang berguna yang senantiasa mempunyai pengaruh yang paling berkesan dan baik adalah pembicaraan yang mampu memuaskan akidah manusia. la dimulai dengan memantapkan di hati manusia tentang kewujudan Allah, seterusnya menjelaskan hakikat risalah kita dan tugas kita dalam hidup ini. la disudahi dengan mengukuhkan, menegaskan bahwa Islam adalah manhaj, cara hidup, satu pegangan hidup yang sejahtera dan lengkap dan berusaha untuk memulakan kehidupan Islam dan menegakkan negara Islam (ad-daulah Islamiah) ini adalah satu tugas yang wajib kepada tiap-tiap muslim.

Sahibud-dakwah, yang menyeru manusia kepada Allah mestilah menyalakan harapan dan cita-cita yang mulia di kalangan para pendengarnya. Dia mestilah menyakinkan mereka bahwa masa depan adalah untuk kemenangan Islam dan abad ini adalah abad Islam, abad kemenangan Islam!

Dia perlu menghapuskan segala pengaruh dan kesan putus asa dari jiwa mereka supaya mereka tidak mudah beranjak dari prinsip Islam dan tidak bersikap beku dan jumud di tengah jalan dan tidak mau meneruskan perjalanan mereka di atas jalan dakwah.

Sekiranya sahibud-dakwah merasai dan melihat manusia berpaling daripadanya maka hendaklah dia mengoreksi kembali cara atau uslub dakwahnya karena boleh jadi caranya tidak tepat atau waktunya tidak sesuai, atau suasananya tidak sesuai menyebabkan berlaku perkara yang demikian.

Sahibud-dakwah mestilah berusaha bersungguh-sungguh supaya menggandingkan ilmu dengan amal supaya mereka mengamalkan ilmu yang telah diketahui, bukan hanya merupakan kepuasan ilmiah semata-mata.

Dia mesti mengawasi waktunya ketika berbicara supaya mereka tidak jemu mendengarkan ucapan yang mungkin terlalu panjang atau kurang menarik perhatian para hadirin. Ini semua hanyalah bayangan mengenai cara menyeru manusia kepada Allah. la hanyalah sebagai contoh, bukan untuk membatasi hikmah kebijaksanaan dan cara-cara sahibud-dakwah karena di sana banyak lagi cara yang lain yang dapat dikelola oleh sahibud-dakwah. Wabillahhitaufik.

Rabu, 22 Julai 2009

Hadapi Dengan Senyuman.....

"Hadapi dengan senyuman,
Semua yang terjadi biar terjadi,
Hadapi dengan tenang jiwa,
Semua kan baik-baik saja......"

Hmmmm....bait-bait yang bagus untuk dilagukan, riang untuk dilagukan, tenang untuk didengar, namun sukar untuk dilaksanakan.
Aku selalu mendengar 'si dia' memberikan ceramah berkenaan sabar, 'si anu' memberikan tazkirah berkenaan sabar, 'si........ahhh...banyak 'si'-'si' lain yang seperti itu. Namun sekarang, yang patut ku pertanyakan adalah, "Adakah tazkirah, ceramah, liqo, dll aktivit yang berisi peringatan supaya aku sabar sudah memberikan kesan maninggalkan bekas dalam hatiku.....?"

Entahlah terkadang aku merasakan bahawa aku seorang yang munafik, terkadang bersemangat, terkadang sabar, terkadang ghairah bekerja, namun tidak kurang pula aku merasa tak bersemangat, hilang sabar, 'down', buat sesuatu tanpa fikir-fikir dan lain lain.

Kerap kali...dalam setiap perkara perasaan atau emosi kita akan menguasai aktiviti berbanding kewarasan atau logikal yang Allah kurniakan kepada kita. Aku kadang-kadang tu melampau dalam bergurau. Ye lah bajet nak gembirakan orang yang kelihatan sedih, tup-tup perasaan sedih kawan tuh berubah jadi perasaan marah pada kita. Dari satu sudut aku berjaya menghilangkan perasaan sedih tapi banyak sudut gagal iaitu membangkitkan satu lagi benda negatif iaitu 'marah'.

Pernah sekali aku lihat seorang kawan yang nampaknya sedang menekan kepada dengan kedua tangannya, jadi aku tarik tangannya ke meja dia letakkan lagi, aku tarik lagi sambil aku senyum pada dia...dalam hati, aku kata "Jangan buat cenggitu, nanti hang akan jadi lebih tension....cuba dok rilek-rilek...". Tapi silapnya aku tak ungkapkannya dalam kata-kata. Lepas tuh kawan baik aku nih (aku memang bersyukur kerana Allah mengurniakan sahabat yg sebaik dia) hantar SMS tegur aku. Dia kata aku tak patut buat dia macam tu......

First time aku dapat SMS aku terkejut dan istighfar dalam-dalam, aku tak sangka bahawa dia marah dengan perbuatan ku. Tapi mmg aku yang salah sebab aku yang menyebabkan dia tak faham apa yag aku nak buat pada dia sebenarnya. Aku selalunya bila dapat SMS marah, aku akan marah balik, tapi kali ni bila aku dapat SMS marah dan teguran daripada sahabat baik aku, alhamdulillah tiada reaksi negatif daripada aku, cuma aku sedikit gamam dengan perbuatan aku tu.

(Tahniah kerana tak marah....howyeeee....howyeee....)

Cuma mungkin kita kena muhasabah diri dengan detail untuk kita melangkah masuk ke sebuah kehidupannya tak macam kita berjalan kat PLUS atau lebuh raya lain iaitu jalan yg mendatar dan rata.....tapi jalan hiduk kita nih akan ada masanya kita naik....kita turun....tersadong batu, terlanggar keta dan lain-lain lagi....jadi apa yang perlu kita lakukan???

Pertama sabar dengan apa yg berlaku.
Kedua Bersangka baik kepada Allah atas segala yg dikurniakanNya.
Ketiga Hadapi dengan senyuman.....

Jumpac lagik

Kembali Menulis......

Assalamua'laikum warohmatullahi wabarokatuh....

Alhamdulillah, aku kini dah ada sedikit masa lapang (atau aku melapangkan sedikit masa) untuk menulis kembali. Walaupun sebelum ini aku taklah menulis banyak tapi skarang nih, insyaAllah nak start menulis semula.

Khamis, 9 April 2009

Fasbir Sabran Jamila (Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik)

oleh Allabib

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun " (Al-Baqarah :155-156)

Disebutkan dalam Al-Quran kata SABAR sebanyak 90 kali. Dinataranya mengandung pujian Allah terhadap para hamba-hambanya yang sabar, menerangkan pahala orang-orang yang sabar, atau menerangkan nilai yang diraih orang-orang yang sabar dan bahkan menggabarkan kecintaan Allah kepada orang-orang yang sabar.

“Maka Bersabarlah Dengan Sabar Yang Baik, sesungguhnya mereka memandang siksaaan itu mustahil. Sedangkan Kami memandangnya mungkin terjadi. (Al-Ma’arij : 5-7)”

Fasbir Sabran Jamila, sebuah nasehat suci dari Sang Maha Suci kepada pembawa ajaran Suci, Rasulullah Muhammad alaihi salatu wassalam, ketika para kafir quraisy enggan menerima seruannya ke jalan yang benar. Siksaan dan ejekan tak luput selalu diarunginya. Ditafsirkan ayat tersebut oleh DR Aid AL-Qorni, seorang penulis dan sastrawan muslim asal Saudi Arabia, sebagai berikut:

Wahai Muhammad…
Jika kebatilan menyerangmu, kejahatan menentangmu, Fasbir Sabran Jamila !!
Jika hartamu sedikit, dan kesedihan pun menimpamu, Fasbir Sabran Jamila !!
Jika para sahabatmu terbunuh dalam peperangan, dan para pengikutmu berkurang, Fasbir Sabran Jamila !!
Jika semakin banyak orang yang memusuhimu padahal kamu menyeru kebaikan dan para pembangkan mengelilingimu, Fasbir Sabran Jamila !!
Jika mereka menjebakmu dan mengamcammu, Fasbir Sabran Jamila !!
Jika anakmu, istrimu dan kerabatmu meninggal dunia, Fasbir Sabran Jamila !!

Fasbir Sabran Jamila, seruan indah kepada semua manusia yang tak luput dari dinamika dan problematika sosial, di rumah, di kampus, di tempat kerja dan di tempat-tempat umum lainnya. Siapapun manusianya, dia pasti memiliki egoisme dan amarah, namun keaktifan dua sifat tersebut bergantung kepada manusianya. Tidak ada manusia yang tidak butuh terhadap sabar. Kesabaran adalah sebuah keniscayaan bagi mnusia. Dan tuntutanya, bagaimana manusia bisa mengasah kesabarannya?? Inilah “madrasah” Allah SWT dan Rasulul-Nya dalam mendidik kita agar mampu mengendalikan sifat egoisme dan amarah dengan untaian mutiara “Fasbir Sabran Jamila”

Raslululah SAW, dimusuhi oleh pamannya Abu lahab sebelum orang lain memusuhinya. Buah hatinya meninggal di pangkuannya saat berusia 2 tahun, air matanya pun menetes membasahi pipi sang buah hati. Segera Ia memandikannya dan menguburkannya. Sepulangnya dari pemakaman ia pun tersenyum. Fasbir Sabran Jamila !!

Rasulullah SAW, di usir dari tanah kelahirannya saat istri kesayangannya dan pamannya Abu Thalib yang selalu mem-back up-nya pergi ke rahmatullah. Penduduk di kampungya bersekongkol memilih para pemuda tangguh dari setiap qabilah (suku), dan mereka mengelilingi rumahnya di kegelapan malam untuk membunuhnya. Dengan perlindungan Allah Rasul pun meninggalkan kampung halamannya. Fasbir Sabran Jamila !!

Rasulullah SAW, bersama Abu Bakar bersembunyi di Gua Tsur saat hijrah ke Madinah, sedangkan kaki-kaki kaum kafir saat itu nampak berpijak di depan gua. Dengan rasa takut Abu bakar berkata “Wahai rasulullah jika salah seorang diantara mereka menundukkan kepalanya ke arah gua, maka akan melihat kita” dengan senyum Rasul menjawab “wahai Abu bakar, jika dua orang berkumpul maka Allah lah yang ketiga” “Wa la tahzan innallaha ma’ana (jangan bersedih sungguh Allah bersama kita” (Ta-taubah (9): 40) Fasbir Sabran Jamila !!

“Dan bersabarlah kamu bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (karena) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”. (AL-Kahfi :28)

Fasbir Sabran Jamila !! Nasehat suci yang juga ditujukan untuk melakukan perbuatan suci, beribadah. Rasulullah Meletakkan batu sebagai pengganjal perutnya disaat perutnya kempis tanda lapar. Dan bersabar untuk berpuasa menahan lapar di saat tak tersedia makanan di pagi harinya. Bersabar menahan kantuk untuk melaksanakan shalat malam. Bersabar menahan luka pada tumitnya akibat lamanya ia berdiri dalam shalat malamnya. Bersabar untuk menghadap Allah dengan membaca surat Al-Baqarah yang begitu panjang saat shalat dalam kesedniriannya. Bersabar menahan sakit demi mendapatkan shalat jamaah bersama para sahabatnya. Bersabar untuk tidak makan demi menghormati dan memuliakn tamunya. Masya Allah adakah orang yang semulai ini. Sungguh pantas engkau wahai Rasulullah untuk menjadi sauri tauladan bagi kami.
Rasulullah SAW, tanah menjadi lantai rumahnya, atapnya setinggi uluran tangannya. Dan jika berbaring tidur, kaki dan kepalanya menyentuh dinding rumahnya. Ditawarkan Jibril agar Allah merubah gunung batu menjadi gunung emas untuknya, ia pun menolaknya. Fasbir Sabran Jamila !!

Rekan-rekanku, kemampuan Rasulullah SAW memahami hakikat sabar dan merenungi ayat “Fasbir Sabran Jamila” membuat ia begitu tahan banting terhadap berbagai halangan dan rintangan. Akhirnya, selepas membaca nasehat ini, semoga kita yang keluar dari kampung halaman karena niat menimba ilmu bukan karena terusir, juga mampu bersabar dalam menghadapi semua problematika kehidupan yang fana ini dan sabar dalam menyiapkan saham serta investasi sebagai bekal di akhirat kelak. Sabar dalam menjalani shalat dan tidak tergesa-gesa. Sabar untuk duduk bersimpuh beberapa menit setelah shalat mengadu dan mengulurkan tangan kepada Allah, tanda meminta dan memohon. Dan juga sabar untuk selalu mengulurkan tangan kepada orang yang membutuhkan, tanda peduli dan memberi. Agar kita termasuk orang-orang yang dicintai Allah. Amiin. Percayalah, sungguh waktu akan membisikkan hikmahnya. Wallahu a’lam.

Rahmat Hidayat Lubis

Tripoli Libya, 19 Nov 2008.
13. 36 waktu Libya.

Alumni Pon-Pes Daar El-Qolam Gintung
Mahasiswa di Faculty of Islamic Call, The Specialization of call and civilization.
Tripoli Libya


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by ArchitecturesDesign.Com Beautiful Architecture Homes